Jejaka Pilihan minggu ini:EZA GIONINO

Oleh: Cik Min
Siapakah jejaka kacak ini? 


 

Adakah kalian kenal  jejaka ini? Tak kenal? Huhu...takpe, nanti cik Min perkenalkan.

Namanya EZA GIONINO. First time dengar nama tu, cik MIn mati-mati ingat perempuan. Jejaka ini mungkin kurang dikenali di Malaysia, tapi kalau di negaranya sendiri(Indonesia), beliau memang terkenal sebagai pelakon yang bagus dan hensem. Hensem tak? Bagi cik Min, paras wajah jejaka ni buat cik Min segan nak pandang tepat ke wajahnya. JAdi cik Min tepaksa edit wajah dia dengan photoshop untuk jadikan dia kartun.heheh..

Sebelum tu, apa kata kita berkenalan dengan jejaka ini dulu.

Nama: Eza Gionino
Tarikh Lahir:11 Mei 1990
Tempat lahir: Samarinda 
Anak ke: 4 daripada 4 beradik(bongsu)

Drama yang telah dibintanginya:
* Idola
* Bawang Putih Bawang Merah
* Cinderella Boy
* Legenda
* Dongeng
* Dia Bukan Cinderella
* Zahra
* Andra Cari Cinta
* Cintaku
* Bayu Cinta Luna (BCL)
* Pacarku Extra Brondong (FTV)

Filem
* Bestfriend? (2008)
* Oh Baby (2008)


Beliau sememangnya terkenal sebagai bintang FTV SCTV. Kalau kalian tanya akak apa maksud FTV SCTV, akak pun tak pasti sebenarnya. Tapi dia macam drama pendek la. Kalau kat MAlaysia ni, dia macam drama 13 episod. Yelah, kat sana kan dramanya panjang2 giler.

Tak banyak info pasal mamat ni sebenarnya tapi kalau cari-cari kat internet, kita akan tahu yang perjalanannya bermula dengan pertandingan coverpage, ala yang macam hero remaja tu. Walaupun menang pertandingan tersebut, perjalanan kariernya tidak semudah yang disangka.

Beliau terpaksa bermula dari bawah sampailah akhirnya namanya mulai dikenali selepas berlakon sinetron berjudul Bayu Cinta Luna(BCL). Lepas sinetron itulah baru namanya mulai dikenali ramai.

Apapun,cik Min mulai mengenali wajah kacak ni daripada FTV SCTV 10 tanda dia bukan untukmu. Dalam crite tu dia ni agak nakal orangnya, tapi cik Min suke..heheh..Sayangnya, si kacak ini sudahpun memiliki buah hati. LAgipun dia lagi muda dari Cik Min huhu..





Comments