Kalau dah pergi sabah ni, tak sah rasanya kalau tak pergi Kundasang. SO, alang-alang pergi kundasang tu, apa kata singgah dulu kat Pekan Nabalu?
Pekan Nabalu ni kat tepi jalan otw nak pergi Kundasang. Kalau tangan tu rasa dah gatal nak shopping, korang semua bolehlah singgah dan pilih mana yang berkenan dihati. PAsal harga, tak perlu nak risau sangat, sebab semuanya berpatutan. Pilihan banyak, cantik-cantik, dan berkualiti lagi.
Satu lagi keistimewaan Pekan Nabalu adalah sebab barangan kraf yang
dijual ni, dibawa terus dari pembuatnya. Tak ada tangan kedua atau
ketiga yang jadi orang tengah, sebab itu harganya jauh lebih murah dari
di Bandar Kota Kinabalu.
 |
| Kraftangan yang menggiurkan hati.. |
 |
| KAlau datang sini, kelabu mata jadinya.. |
 |
| Uiks, sempat testing lagi?? |
 |
| Anyaman yang boleh anda jadikan hiasan kat rumah.. |
 |
| MAcam-macam ada, boleh pilih je yang mana suka.. |
 |
| Ini tanda pekan Nabalu..Kalau jumpa, betullah tu.. |
 |
| Bukan setakat kraftangan, makanan pun ada.. |
 |
| Ukiran yang unik dan sangat cantik.. |
 |
| Topeng tu memang cantik, tapi menyeramkan.. |
 |
| Ini pemandangan dari menara tinjau.. |
 |
| Cantik... |
 |
| Pilih je yang mana suka... |
 |
| Kawasan sekitar Pekan Nabalu |
 |
| Tak dapat beli semua , ambik gambar pun jadilah.. |
 |
| Beras bukit..harganya 2 kali ganda beras biasa tau! |
 |
| Pilih, jangan tak pilih..Jangan tengok je.. |
Yang
bestnya, kat sini pun kita dah boleh rasa sejuk macam dalam aircond.
KAwasan sekitar pula sangat cantik dan sesuai dijadikan tempat ambil
gambar kenangan. Terdapat satu menara tinjau, tapi hanya boleh dinaiki
oleh beberapa orang dalam satu masa. Yelah, ramai-ramai sangat karang
tak pasal-pasal bolos kan?
Comments