Pemimpin masa depan

Ini wajah-wajah bakal pemimpun atau belia masa depan. Hargai mereka, bentuk mereka menjadi insan berjaya.

Pada anda, mereka kanak-kanak kampung biasa, dan bukan sesiapa. NAmun harus diingat, mereka sebenarnya adalah masa depan negara kita. Kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Kita juga tidak tahu apa yang mereka akan jadi di masa hadapan.

Mana tahu, kanak-kanak yang kita jumpa di jalanan saat ini,  bakal menjadi seorang pemimpin besar atau seorang yang berjaya kelak. Jangan perlekehkan orang lain kerana merasa kita lebih baik. Perlekehkan diri sendiri, dan cari penyelesaian untuk baiki kelemahan. 

Tiada apa yang mustahil, asalkan kita berusaha dan berserah pada-NYA.

Comments