Prihatinkah kita?

Apartment 7 tingkat..kren tu kalau jatuh....
 Apa yang kalian rasa kalau ada pembinaan bangunan 7 tingkat betul-betul di belakang rumah kalian?Hepi?best?Tak kan...

Sebaliknya kalian tentu merasa annoying giler sebab ia tentunya akan mencetuskan bunyi bising, dan pelbagai masalah lain. Antaranya, habuk dari tempat pembinaan, sama ada pasir atau habuk simen. Kereta-kereta tentunya akan sentiasa berdebu, dan ia boleh mendatangkan masalah kesihatan.
BEtul2 belakang rumah..
 Selain itu,  anda juga tentu bimbang kalau ada batu jatuh dari atas kan? Walaupun kecil, ia boleh menyebabkan kecederaan sebab ia jatuh dari tempat yang tinggi. kalau kena lempar dari dekat pun boleh luka, apa lagi dari tempat tinggi yang menyebabkan kelajuaannya bertambah!
Jaraknya yang hanya dipisahkan dengan satu lorong, boleh memungkinkan pelbagai kemungkinan.

Kalau batu2 tu kena cermin kereta?Sah-sahlah pecah kan?Itu belum lagi batu batan yang besar dan berat yang kadang-kadang tercicir atas rumah orang. Hmmm..


 Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengutamakan keselamatan penduduk sekitar terlebih dahulu sebelum memulakan projek. Bayangkan, kalau mereka dikehendaki membayar pampasan, tidakkah ia akan merugikan mereka juga?

Sepatutnya, mereka kena bina perlindungan dulu sebelum mulakan projek. PAstikan ia akan lindungi seluruh kawasan perumahan. Pekerja pula kena patuhi setiap peraturan, contohnya jangan buang sampah merata2..
hanya 10 kaki memisahkan antara blok bangunan dan rumah penduduk..

Comments