Jika anda berkelapangan pada hujung minggu dan tidak ada agenda lain yang dirancang, apa kata jika anda berkunjung ke Taman Botani Shah Alam atau lebih terkenal dengan nama Bukit Cerakah.
 |
Pondok berehat |
 |
Wah, ada orang-orang kat sawah padi.. |
 |
Tasik buatan |
Terletak di Seksyen 8 Shah Alam, Taman Botani Shah Alam sangat sesuai dikunjungi oleh mereka yang cintakan alam sekitar. Anda boleh memilih untuk menyewa basikal, menggunakan kemudahan "shuttle" yang disediakan, atau berjalan kaki untuk mengiringi kawasan ini.
 |
Rumah khas untuk pendidikan kanak-kanak.. |
 |
Jalan ke Rumah Empat Musim |
 |
Pokok tumbang yang dibentuk disesetengah bahagian menjadi kerusi.. |
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah Rumah Empat Musim, Taman Buah-Buahan Tropika, Taman Haiwan, Taman Kaktus, Kampung Idaman dan banyak lagi. Bagi mereka yang sukakan cabaran, anda boleh mencuba pelbagai permainan mencabar di Skytrek adventure. Bagaimanapun, anda perlu membuat tempahan awal melalui internet terlebih dahulu.
 |
Pemandangan Rumah Empat Musim |
 |
Gambaran musim panas dalam rumah empat musim |
 |
Anda tidak dibenarkan masuk ke kawasan bunga-bunga bagi mengelakkan kerosakan bunga. |
 |
Suasana rumah ini berubah ikut musim. Antara musim paling popular, musim sejuk. |
Jika anda datang bersama keluarga atau kawan- kawan, tempat ini sangat sesuai untuk bersantai dan beriadah. Jika anda datang dengan anak kecil, saya sarankan anda menaiki shuttle yang disediakan untuk mengurangkan kepenatan.
 |
Dahnpenat, anda boleh berehat di pondok yang disediakan. |
 |
Antara pemandangan yang tidak boleh dilepaskan. |
 |
Kalau nak selfie pon boleh |
 |
Jambatan kayu |
 |
Rumah ala-ala Inggeris tradisional. |
 |
Tak boleh masuk tengok dari tepi pon tak apa. |
 |
Jangan makan buah tu ye.. |
 |
depan rumah empat musim |
 |
Penatnya jalan-jalan. |
Harga bagi tiket masuk juga sangat berpatutan iaitu rm3 bagi orang dewasa dan rm1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Lawatan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web Taman Botani Shah Alam di
www.tbnsa.gov.my..
 |
Posing dulu.. |
 |
Sempat lagi.. |
Comments